PERIKATAN Nasional (PN) tidak pernah memberi mandat kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berunding dengan Barisan Nasional (BN) bagi tujuan membentuk kerajaan, selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tujuan PN bertanding pada PRU-15 adalah bagi membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan Harapan (PH).
“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, Perikatan Nasional akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU-15,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini lapor FMT.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.