Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Peniaga didenda RM1,000 menyerang, ugut wartawan -

Peniaga didenda RM1,000 menyerang, ugut wartawan

SEORANG peniaga didenda RM1,000 di Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas mengaku bersalah menyerang dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wartawan sebuah portal berita pada Jumaat lalu.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, S Subramaniam, 41, mengaku bersalah apabila tuduhan dibuat terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyerang dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang lelaki berusia 24 tahun.

Menurut laporan BH Online, kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Seremban Jaya, Negeri Sembilan, pada jam 7 malam, 11 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh diwakili peguam Asmawi Ismail.