AGENSI Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan jumlah mangsa banjir terkini setakat tengahari ini sudah meningkat mencecah 3,014 orang dengan melibatkan 932 keluarga di seluruh negara.
Selain itu, sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) tambahan dibuka hari ini dan menjadikan jumlah PPS kini adalah sebanyak 29.
Menurut laporan itu lagi, mangsa banjir paling banyak terkesan ekoran banjir setakat hari ini adalah di Kelantan dengan sebanyak 2,034 yang melibatkan 673 keluarga.
Negeri kedua merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi adalah di Johor sebanyak 346 orang dan disusuli Perak sebanyak 267 orang.
Negeri lain yang sedang mengalami bencana banjir adalah Selangor, Melaka, Kedah dan Sabah.
Sementara itu, mengikut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan bacaan melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.13 meter namun dalam trend menurun berbanding 9.34 meter, malam tadi lapor Agenda Daily.
Di Johor, empat daerah masih terjejas dengan banjir kilat iaitu Tangkak, Kluang, Segamat dan Pontian.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.