KEBANGKITAN rakyat dapat dikesan setiap kali program anjuran Perikatan Nasional (PN) yang mendapat sambutan di luar dugaan.
Buktinya, walaupun dalam keadaan hujan lebat, rakyat tetap menunjukkan semangat yang kuat terhadap PN dalam Himpunan Rakyat PN BEST yang diadakan di Padang AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur pada Isnin.
Himpunan Rakyat ini dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pengarah Pilihanraya PN; Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Radzi Jidin.
Tidak berganjak, rakyat setia mendengar ucapan para pemimpin PN dan hanya berteduh di bawah payung.
Tekad dan semangat rakyat itu menunjukkan PN merupakan sebuah parti yang dipercayai dan mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan menjamin masa depan lebih baik.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan pukulan gendang serta konvoi motosikal oleh anak muda yang menunjukkan sokongan padu terhadap PN. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.