Radzi kini akauntan bertauliah

0
206

DALAM kesibukan berkempen, calon Perikatan Nasional (PN) P125 Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini menerima khabar gembira yang dinantikan sejak sekian lama.

Apa tidaknya, beliau kini akhirnya bergelar sebagai akauntan bertauliah dan ahli Felo Akauntan Bertauliah Australia (FCPA).

“Ketika mengajar di The Australian National University, Canberra, saya mendaftarkan diri dalam program CPA Australia untuk membolehkan saya menjadi seorang akauntan bertauliah.

“Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pensyarah, pelajar PhD dan pemimpin pelajar ketika itu, saya gagahkan diri untuk mengikuti program CPA Australia.

“Akhirnya, dengan izin Allah, sebelum saya mencapai umur 35 tahun (10 tahun yang lalu), sasaran untuk mendapat PhD dan menjadi akauntan bertauliah tercapai,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Katanya, untuk diiktiraf sebagai akauntan bertauliah, beliau perlu menduduki enam peperiksaan dan mengakui bukan sesuatu yang mudah terutama dalam mencari keseimbangan antara tugasan dan tanggungjawab.

“Syukur, isteri dan anak-anak juga memahami dan sentiasa memberi sokongan. Justeru, saya mengingatkan anak muda supaya tetapkan sasaran, fokus, ikhtiar yang terbaik sehingga sasaran tercapai,” katanya lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here