KERAJAAN bersih dan stabil harus menjadi pilihan buat pengundi-pengundi awal pada esok.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat menggunakan ‘kuasa’ mereka untuk mengundi dan berharap PN mendapat sambutan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Pada pengundi awal, tunaikanlah tanggungjawab anda semua dgn sebaik-baiknya kerana ini adalah hak anda dalam sistem demokrasi.
“Harapan saya dan doa saya supaya saudara semua dan anda semua akan mengundi kepada calon-calon PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu menambah, PN tidak akan memberhentikan usaha untuk membantu rakyat dan memastikan kerajaan yang lebih telus sekiranya diberi mandat.
“PN didasari nilai integriti dan menolak rasuah, menampal ketirisan- agar hasil kekayaaan negara kekal di tangan rakyat. Duit rakyar diurus dengan amanah, untuk menjana pembangunan dan merancakkan semula ekonomi.
“Sebuah kerajaan yang stabil dengan keharmonian politik yang jitu, menjaga kepentingan semua kaum, melindungi kedaulatan negara,” ujarnya.
Selain itu, Muhyiddin turut menasihati orang ramai untuk turun mengundi dan berwaspada dalam pemilihan parti politik.
“Jangan termakan janji saudagar mimpi yang belum terbukti, atau mereka yang tidak mementingkan integriti.
“Lakukan tanggungjawab anda. Kita buka lembaran baharu, bersama-sama kita menggembleng semangat kesatuan, untuk Malaysia yang lebih aman dan makmur. Kuasa ada di tangan anda. Pilih dengan yakin dan berani,” katanya. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.