Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ismail akui kecewa rakan Kabinet UMNO tidak dicalonkan pada PRU-15 -

Ismail akui kecewa rakan Kabinet UMNO tidak dicalonkan pada PRU-15

PERDANA Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob mengakui beliau berasa agak kecewa sebelum ini apabila ada rakan dalam Kabinet beliau daripada UMNO tidak dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO itu berkata biarpun tidak terpilih, ada dalam kalangan mereka masih kekal setia bersama parti dan bersedia memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU-15.

“Jasa mereka kita tidak akan lupa lebih-lebih lagi apabila mereka tak dapat bertanding, mereka tidak menentang parti.

“Saya sendiri pun berasa agak kecewa apabila rakan yang merupakan calon boleh menang dan berjasa kepada parti tidak dapat bertanding,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Projek Seksyen Selangau Lebuhraya Pan Borneo Sarawak hari ini, lapor Malaysi Now.

Empat menteri Kabinet UMNO yang tidak dicalonkan semula ialah Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba serta Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamad Saddique.

Shahidan mengambil keputusan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional-PAS untuk mempertahan kerusi Parlimen Arau yang dimenanginya dalam PRU-14.

Ditanya jika mereka yang tidak dicalonkan semula dan membuktikan kesetiaan kepada parti akan dilantik memegang peranan penting jika BN menang, Ismail berkata, “Beri kita kemenangan dulu dan kita akan buat keputusan selepas itu.”