Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sedia hadapi cuaca buruk sehingga malam ini – MetMalaysia -

Sedia hadapi cuaca buruk sehingga malam ini – MetMalaysia

ORANG ramai dinasihatkan bersedia menghadapi cuaca buruk selepas Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara sehingga jam 7 malam ini.

METMalaysia berkata, negeri dijangka berdepan cuaca buruk ini ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Perak membabitkan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Di Pahang, kawasan diramal dilanda ribut ialah Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Sibu, Selangau, Mukah, Tanjung Manis dan Daro manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu,” katanya lapor BH Online.