Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir seluruh negara meningkat -

Mangsa banjir seluruh negara meningkat

JUMLAH mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 2,269 orang di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan setakat 8 pagi pada Ahad.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan di laman Facebook berkata, Kelantan merekodkan jumlah tertinggi seramai 951 mangsa, diikuti Selangor (699), Pulau Pinang (236), Johor (221), Kedah (112), Melaka (40) dan Perak (10).

Di Kelantan, seramai 311 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan kawasan Pasir Mas dan Tanah Merah.

Di Selangor pula, seramai 172 keluarga ditempatkan di tujuh PPS melibatkan kawasan Klang dan Kuala Selangor manakala Pulau Pinang merekodkan 81 keluarga ditempatkan di tiga PPS membabitkan kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Bagi Johor pula, seramai 52 keluarga ditempatkan di lima PPS manakala Kedah menempatkan sejumlah 26 keluarga di dua PPS.

Selain itu, seramai 13 keluarga dipindahkan ke dua PPS kawasan Alor Gajah manakala di Perak, sejumlah satu keluarga ditempatkan di satu PPS kawasan Larut, Matang dan Selama.