BEBERAPA kawasan di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya mengalami banjir kilat selepas hujan lebat petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Afizi Zolkifli berkata, dalam kejadian 4.22 petang itu, antara lokasi yang terjejas termasuk Persiaran Seri Perdana dan sekitar kawasan kediaman Ketua Setiausaha Negara (KSN) di Presint 10 serta Klinik Kesihatan Presint 9 dan sekitar Presint 11A.
Katanya, bagaimanapun banjir kilat itu surut sepenuhnya setengah jam kemudian selepas laluan air longkang dibersihkan.
Menurut beliau, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dikerahkan ke lokasi bagi memantau keadaan.
“Sejurus anggota tiba tiga lokasi di Presint 9, 10 dan 11 mengalami banjir kilat dengan kedalaman 20 sentimeter, “katanya, lapor Harian Metro.
Mohd Afizi berkata, pemeriksaan mendapati, banjir kilat berpunca daripada laluan air ke longkang tersumbat dan anggotanya turut membantu membersihkan saluran terbabit.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.