Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sokongan anak muda kepada Perikatan di luar jangkaan: Idris -

Sokongan anak muda kepada Perikatan di luar jangkaan: Idris

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kerajaan sementara, Datuk Idris Ahmad terkejut dengan gelombang sokongan yang diberikan anak muda kepada Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Menurutnya sokongan anak muda adalah di luar jangkaan kerana selama ini mereka dianggap tidak peduli atau tidak kisah dengan soal politik dan tidak membuat apa-apa pendirian berhubung politik.

Naib Presiden PAS itu bersyukur kerana anak muda kini bangkit untuk bersama Perikatan Nasional bagi membentuk sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Walaupun ada yang ibu-bapa mereka tidak bersama Perikatan Nasional, tetapi anak-anak telah membuat satu pilihan, iaitu untuk bersama kita,” katanya.

Idris yang bertanding di Parlimen Bagan Serai atas tiket Perikatan Nasional berkata, gelombang kebangkitan itu muncul kerana anak muda hendak melihat sebuah kerajaan dan bentuk kepemimpinan baharu.

“Dulu anak muda dalam PRU-14 telah membuat percubaan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih Pakatan Harapan (PH). Namun apabila PH menang, memang sah tak boleh harap.

“Akhirnya, kita tengok anak muda kali ini membuat percubaan untuk bersama Perikatan Nasional. UMNO yang memerintah selama 60 tahun, kita sudah tahu dan PH selama 22 bulan, kita telah tengok lagak yang mereka ada.

“Kali ini, memberikan peluang kepada Perikatan Nasional yang terasnya ialah PAS dan juga Bersatu,” katanya.

Idris mengakui bahawa sesetengah generasi tua bertanyakan lambang bulan yang tiada dalam PRU-15 dan menerangkan bahawa walaupun tiada lambang bulan, tetapi dalam Perikatan Nasional tetap mempunyai lambang bulan.

Katanya, ahli dan penyokong PAS tidak perlu bimbang kerana dalam mana-mana gabungan politik yang disertai, PAS mempunyai sikap yang jelas, iaitu mempertahankan Islam serta kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

“Sebab itu kalau ada (parti politik) yang tidak boleh menerima perkara ini, kita tidak bersama (mereka). Sebab itu kita tinggalkan Pakatan Rakyat kerana DAP telah merobohkan dua perkara itu. Mereka melanggar apa yang patut mereka kena jaga.

“Dalam keadaan politik di negara kita, terasnya ialah orang Melayu dan kedua, Islam sebagai agama Persekutuan yang perlu dihormati,” katanya.