Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Semua calon PN bebas rasuah - Azmin -

PRU-15: Semua calon PN bebas rasuah – Azmin

SEMUA calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya umum ke-15 (PRU-15) adalah bebas daripada amalan rasuah, kata Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak itu berkata rakyat harus bijak memilih calon  supaya PN dapat membentuk kerajaan yang bersih, stabil dan bebas rasuah.

“Calon-calon PN bersih daripada amalan rasuah dan tiada kes mahkamah melibatkan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Rakyat PN di Teluk Kumbar, di sini, hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dan calon PN kerusi Parlimen Balik Pulau,  Mohd Harris Idaham Mohd Rashid.

Sebaliknya, Azmin berkata beberapa calon daripada parti lain masih mempunyai kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Menurutnya, mereka sepatutnya memberi laluan kepada tokoh-tokoh baharu sementara kes dibicarakan di mahkamah.

Pada PRU15, 19 Nov ini, PN meletakkan wakil di kesemua 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang. – BERNAMA