PN Pahang yakin penerimaan rakyat

0
177

PERIKATAN Nasional (PN) Pahang yakin dengan penerimaan rakyat terhadap gabungan itu yang dilihat semakin memberansangkang menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, sokongan dan sambutan luar biasa rakyat terhadap PN telah melepasi jangkaan sepanjang tempoh berkempen ini.

“Sebab itu saya katakan sudah ada gelombang dalam penerimaan kepada PN dan gelombong itu menolak kerajaan yang sudah lama.

“Sambutan ini dapat dilihat bukan sahaja di kawasan bandar, malah di Felda dan kawasan pendalaman.

“Ada juga dalam kalangan orang bukan Islam sudah memahami matlamat disampaikan PN walaupun ada parti Pas dan ia sudah jelas menunjukkan perkembangan sangat menggalakkan kepada PN,” katanya di Indera Mahkota di Kuantan.

Saifuddin berkata, jika beliau berjaya mempertahankan Parlimen Indera Mahkota pada PRU kali ini, banyak perubahan akan dibawanya.

“Saya akan memberi keutamaan yang lebih kepada aspek ekonomi, pendidikan dan infrastruktur.

“Saya yakin dengan sokongan yang diberikan, PN akan beroleh kemenangan di Indera Mahkota dan negeri Pahang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here