Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 3,000 iringi pengebumian Allahyarham Paksu Mid -

Lebih 3,000 iringi pengebumian Allahyarham Paksu Mid

JENAZAH ulama terkenal Kedah, Allahyarham Tuan Guru Abdul Hamid Ismail atau Pak Su Mid Kuala Pai, 96, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Najjah Ayer Hitam pada jam 12 tengah hari pada Sabtu.

Lebih 3,000 orang memenuhi kawasan tanah perkuburan tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sebelum itu jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid An-Najjah pada jam 11.15 pagi.

Media melaporkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.30 petang pada Jumaat di Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar dipercayai akibat sakit tua.

Media melaporkan Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.30 petang pada Jumaat di Putra Medical Centre (PMC), Alor Setar dipercayai akibat sakit tua.

Allahyarham Pak Su Mid yang dilahirkan pada 1926 terkenal dengan kata-kata hikmahnya sering menjadi rujukan pelbagai pihak termasuk pemimpin dan masyarakat di negara ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam hantaran Facebooknya berkongsi berita tersebut yang menyifatkan Kedah kehilangan seorang permata.

Antara kata-kata hikmah yang ditinggalkan oleh tokoh ulama ini adalah mengingatkan orang ramai termasuk keluarganya agar tidak meninggalkan al-Quran sebagai pegangan hidup.

Allahyarham Paksu Mid meninggalkan seorang balu, Inche Ollah Arshat, 60an, tiga anak bersama 10 orang cucu.