Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang ini -

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang ini

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri di seluruh negara sehingga jam 5 petang ini.

Amaran itu dikeluarkan susulan terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

MetMalaysia dalam kenyataan jam 1 tengah hari tadi, berkata ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

METMalaysia dalam kenyataannya, memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Perak , Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, kejadian itu membabitkan Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Manakala di Pahang ia membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Bera.

Kawasan Lembah Klang pula membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Turut terbabit Negeri Sembilan dan Melaka.

Keadaan sama akan dialami di kawasan Miri dan Marudi di Sarawak, selain pedalaman Sipitang, Beaufort, Papar Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran serta Lahad Datu di Sabah.