PARAS air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend peningkatan susulan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai iaitu Sungai Besut dan Sungai Hulu Terengganu direkodkan melepasi paras waspada, lapor BH Online.
Setakat jam 10 malam ini, Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut berada pada paras 33.79 meter (m) melepasi paras normal 28.5m.
Paras air Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu kini merekodkan bacaan 18.16m berbanding paras normal 16.5 meter.
Ketika ini, cuaca tidak menentu masih melanda di kebanyakan daerah di Terengganu.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.