Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
18 November cuti umum di Selangor -

18 November cuti umum di Selangor

KERAJAAN Selangor menetapkan 18 November ini sebagai cuti umum bagi memudahkan pengundi yang bukan rakyat negeri ini untuk pulang mengundi di kampung halaman masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata berikutan pendaftaran secara automatik serta penurunan had umur pengundi, Selangor mempunyai bilangan pengundi paling ramai di seluruh Malaysia iaitu sebanyak 3,677,848 orang.

“Terdapat juga jumlah besar warga Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Selangor tetapi mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri memutuskan secara amnya untuk memberikan cuti umum sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu pada Jumaat, 18 November.

“Pentadbiran ini juga berharap Perdana Menteri dapat memberikan pelepasan yang sama kepada seluruh rakyat Malaysia supaya seramai mungkin rakyat dapat menunaikan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara pada 19 November ini,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor BH Online.