Halimah ikrar tidak berkompromi tangani rasuah

0
190

CALON Perikatan Nasional (PN) yang bertanding di kawasan Kapar, Dr Halimah Ali tidak akan berkompromi dalam menangani gejala rasuah yang bergelumang di negara ini.

Menurutnya, amalan rasuah adalah satu satu perkara penting yang perlu diperangi dalam PN khususnya Pas sebagai salah satu komponen parti tersebut.

Beliau yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu berkata, ia bertepatan dengan slogan PN iaitu PN BEST: Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Kami dilatih melalui prosedur operasi standard (SOP) yang mana, pemohon awal (menyertai PN) akan diproses mengikut giliran, bukannya menghantar permohonan lewat dan diselitkan dengan duit kopi untuk cepatkan proses.

“Jadi berkenaan rasuah, itu adalah antara perkara yang kami utarakan,” katanya pada Selasa lapor Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Halimah berkata, pihaknya akan berusaha untuk mengangkat suara golongan miskin di kawasan tersebut jika beliau memenangi kerusi Parlimen Kapar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here