BEBERAPA kawasan di Johor mula dinaiki air susulan hujan lebat secara berterusan sejak jam 4.30 petang Isnin.
Antara kawasan yang mula dilanda banjir kilat ialah di Sanctuary Garden, Tebrau dan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor mengakibatkan beberapa kenderaan turut ditenggelami air.
Menurut laporan Astro AWANI, beberapa kenderaan peribadi milik penduduk di kawasan terlibat tidak sempat diselamatkan. Beberapa premis perniagaan turut terjejas akibat dinaiki air.
Kampung Melayu Majidee, yang dilaporkan kerap dilanda banjir kilat turut mengalami nasib yang sama.
Turut difahamkan, kawasan itu antara yang kerap dilanda banjir kilat dan air banjir didakwa mencecah paras dada.
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan pada Isnin dikatakan telah mulai surut.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.