PENANDA aras yang ditetapkan Perikatan Nasional dalam soal integriti lebih tinggi berbanding pesaingnya, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mungkin mempunyai standard lebih rendah.
“Ini sebabnya mereka yang menghadapi tuduhan rasuah boleh bertanding dalam pilihan raya umum,” katanya yang dilihat merujuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang menghadapi tuduhan jenayah.
“Tetapi tak mengapa, itu masalah mereka, bukan kita,” katanya ketika membentangkan manifesto PN lapor FMT.
Presiden Bersatu itu yakin pengundi tahu menilai siapa lebih komited dalam memastikan negara bebas rasuah dan “kleptokrat”, istilah yang digunakan PN dan PH terhadap pemimpin Umno seperti Najib Razak.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.