Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor bermula Selasa -

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor bermula Selasa

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula 8 sehingga 11 Nov ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan ramalan itu melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula 8 sehingga 11 Nov ini.

Pada 3 Nov, menurut Astro Awani, MetMalaysia memaklumkan Malaysia akan mengalami Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada Isnin ini (7 Nov) dan berterusan sehingga Mac depan.

Menurut jabatan itu, sepanjang tempoh berkenaan empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku.