Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Selamatkan negara dari parti tak tepati janji, kleptokrat - Muhyiddin -

Selamatkan negara dari parti tak tepati janji, kleptokrat – Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau sanggup memimpin Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini kerana tidak mahu negara jatuh ke tangan kumpulan kleptokrat, dan dipimpin parti tidak menunaikan janji kepada rakyat.

Menurutnya beliau tidak mahu negara ini diperintah sekali lagi oleh sebuah pakatan politik yang gagal menunaikan janji kepada rakyat serta tidak menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Katanya beliau telah mencapai kemuncak kerjaya politik apabila diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan pada 1 Mac 2020, dan boleh bersara sekiranya mahu berbuat demikian.

Namun, menyedari perjuangan dan amanah daripada rakyat Malaysia, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu melupakan hasrat untuk berehat daripada politik, untuk menawarkan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Ikhlas saya katakan, tiada apa yang saya nak kejarkan dengan jawatan Perdana Menteri itu. Jawatan tidak penting bagi saya. Kun fa yakun. Kalau jadi, maka jadilah. Kalau tak jadi pun, tak mengapa.

“Yang lebih penting ialah saya buat pilihan ini demi untuk menyelamatkan negara. Menawarkan Perikatan Nasional sebagai pilihan yang terbaik untuk anda semua,” katanya lagi lapor Agenda Daily.

Dua perkara itu – Perjuangan dan amanah – katanya, membuatkan beliau terus menggagahi segala kudratnya demi rakyat yang disayangi.

“Saya masih memikul amanah sebagai pemimpin sebuah wadah politik yang saya asaskan iaitu Bersatu dan Perikatan Nasional. Wadah politik ini mempunyai prinsip perjuangan yang murni.

“Kerana itulah, walaupun saya telah bersara daripada jawatan Perdana Menteri, saya tidak boleh bersara daripada perjuangan.

Saya akan dilihat tidak bertanggungjawab jika saya lari dari medan perjuangan semata-mata kerana saya tidak lagi berjawatan,” katanya dalam kenyataan selepas selesai penamaan calon PRU-15, hari ini.

Muhyiddin adalah penyandang kerusi Parlimen P143 Pagoh akan berdepan dua lagi lawannya iaitu Datuk Razali Ibrahim daripada Barisan Nasional, dan Iskandar Shah (Pakatan Harapan).

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata Perikatan Nasional kini bersedia menawarkan sebuah kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil untuk semua rakyat.

“Prihatin dengan ertikata sentiasa mempunyai rasa belas ihsan kepada rakyat serta tidak lokek membantu mereka ketika susah.

“Bersih dengan erti kata bebas daripada segala amalan rasuah dan penyelewengan.

“Stabil dengan memastikan kehidupan rakyat sentiasa aman, selamat dan harmoni serta mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara yang menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” katanya.