Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Hadi Awang berdepan pertarungan empat penjuru -

PRU-15: Hadi Awang berdepan pertarungan empat penjuru

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan kerusi Parlimen Marang (P037) berdepan tentangan calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Jasmira Othman, Azhar Ab Shukur (Pakatan Harapan) dan Dr Zarawi Sulong (Gerakan Tanah Air). 

Pertandingan empat penjuru itu disahkan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Marang, Lizan Che Mat, pada 10.40 pagi selepas tempoh proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Marang itu ditutup pada 10 pagi.

Jelas Lizan, tiada pencalonan ditolak, sekali gus keempat-empat mereka disahkan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Abdul Hadi sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya pusat penamaan calon tersebut pada jam 9 pagi, bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya untuk tiga penggal sebelum ini.

Selain penyokong dan pencadang bagi pencalonannya, Abdul Hadi turut ditemani Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pada PRU14, Abdul Hadi menang dengan majoriti 21,954 dalam pertembungan tiga penjuru melibatkan BN dan PH.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, ribuan penyokong Pas hadir memberi sokongan kepadanya, begitu juga penyokong BN, GTA dan PH yang menyokong calon masing-masing.