Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pagoh masih perlukan sentuhan Abah -

Pagoh masih perlukan sentuhan Abah

MEMILIKI pengalaman luas dalam politik serta prinsip konsisten menentang kemelut rasuah, korupsi dan membela agama, antara faktor kepercayaan masyarakat Pagoh masih mendambakan jasa dan bakti Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketika ditemui SatuBerita, seorang anak kelahiran Pagoh, Mohd Zain Abdullah, 61, berkata masyarakat setempat cukup selesa dengan bekas Perdana Menteri itu apabila menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang cukup mesra dengan rakyat.

Anak kelahiran Pagoh, Mohd Zain Abdullah, 61

“Dia sangat mesra dengan rakyat, tak kisah dengan orang kampung duduk semeja, meja kayu pun boleh.

“Orangnya tak sombong apapun kita ada masalah, dia boleh tolong selesaikan. Alhamdulillah apa diberikan kepada rakyat, bukan di Pagoh sahaja malah satu Malaysia,” katanya.

Miswati Ibrahim (tengah), 48 turut hadir bersama keluarganha

Sementara itu, bagi Miswati Ibrahim, 48, dirinya bersetuju bahawasanya masyarakat Pagoh mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap Muhyiddin apabila telah banyak jasa yang telah direalisasikan oleh beliau.

“Beliau lama berjasa di Pagoh, malah beliau ingin menyelamatkan Malaysia daripada korupsi, rasuah dan menjaga agama kita.

“Antara jasa Tan Sri, termasuk juga hub pendidikan tinggi ini jadi, anak-anak tidak perlu keluar untuk belajar di tempat lain,” jelasnya.

Kannan Ramasamy, 51

Bagi Kannan Ramasamy, 51, berkata Muhyiddin perlu diundi pada pilihan raya umum ke-15 ini, kerana dirinya berpandangan bahawa beliau pernah membuktikan kredibiliti beliau ketika menjawat jawatan Menteri Besar Johor serta Perdana Menteri.

“Muhyiddin telah pun menunjukkan kebolehannya semasa dia dipilih menjadi Menteri Besar termuda Johor dan memerintah negeri ini dengan cekap dan bagus.

“Kami rasa pentadbiran dia bersih, beliau membawa keadilan, kehakiman kepada semua yang menyorok duit, berkomplot dengan korupsi.

“Kami rasa ini adalah masa terbaik untuk kaum India sokong Muhyiddin agar kerajaan dibentuk adalah kerajaan yang stabil dan bersih,” katanya -SB