CALON Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba bagi proses penamaan calon pada pukul 8.55 pagi di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor.
Mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, Pengerusi PN itu disambut meriah penyokongnya sambil mengibarkan bendera PN berserta laungan takbir.
Muhyiddin lengkap berpakaian baju Melayu berwarna biru sebelum memasuki dewan bagi meneruskan proses penyerahan dokumen pencalonan.
Sementara, pesaing beliau Iskandar Shah Abdul Rahman dari Pakatan Harapan (PH) tiba pada pukul 9.01 pagi manakala Datuk Seri Razali Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) hadir pada pukul 9.06 pagi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.