Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas PM Pakistan Imran Khan cedera akibat tembakan -

Bekas PM Pakistan Imran Khan cedera akibat tembakan

TERDAPAT percubaan untuk membunuh bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis ketika beliau mengetuai perarakan ke arah ibu kota Islamabad, menurut pemimpin partinya.

“Pengecut melakukan serangan untuk membunuh di Wazirabad (kawasan wilayah Punjab),” kata pemimpin kanan Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) Farrukh Habib yang berkata Imran mengalami kecederaan.

Rakaman video menunjukkan Imran dibawa dari trak kontena khas yang dinaikinya ke sebuah kereta oleh pasukan keselamatannya.

Seorang lagi pemimpin parti berkata bekas perdana menteri itu terkena peluru di bahagian kakinya.

Rakan rapat Imran dan ahli Dewan Senat Faisal Javed Khan turut cedera dalam kejadian itu.

PTI memulakan “perarakan panjang” dari bandar Lahore pada 28 Oktober untuk menuntut pilihan raya umum diadakan lebih awal. Perarakan itu akan mencapai kemuncaknya di Islamabad pada 4 November namun konvoi terbabit bergerak perlahan susulan jumlah besar orang ramai yang menyertainya di sepanjang perjalanan.

Pemimpin PTI berkata mereka akan menangguhkan ketibaan di Islamabad untuk tempoh beberapa hari.