Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Amaran hujan berterusan hingga malam ini -

Amaran hujan berterusan hingga malam ini

JABATAN Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka berlaku di beberapa tempat di seluruh negara hingga malam ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan di Telegram memaklumkan, amaran dikeluarkan meramalkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan.

Di Perak, membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Muallim manakala di Terengganu ialah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, amaran dikeluarkan bagi negeri Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Selangor, kawasan terbabit adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Di Negeri Sembilan, daerah yang terbabit ialah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah manakala di Johor ialah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Dalam pada itu, negeri Sarawak membabitkan Sarawak: Sibu (Selangau), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran sama dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan,” katanya lapor BH Online.