Ustaz Kazim tarik diri, BN umum calon baharu di Larut

BARISAN Nasional (BN) Perak mengumumkan calon baharu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Pengumuman itu dibuat berikutan calon yang diumumkan pada Selasa iaitu Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim telah menarik diri.

Pengerusi BN negeri, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan nama Mohd Shafiq Fhadly Mahmud sebagai calon BN di kerusi berkenaan.

“Kerusi Parlimen Larut ada perubahan dan berbeza daripada yang diumumkan Presiden malam tadi.

“Pertukaran dibuat kerana Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir,” katanya sempena Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh pada Rabu lapor Sinar Harian.