Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada rakyat Malaysia terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon-Saifuddin -

Tiada rakyat Malaysia terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon-Saifuddin

KEMENTERIAN Luar mengesahkan sehingga kini, tiada warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan pada Sabtu lepas.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Abdullah, bagaimanapun berkata seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden itu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul dan kini berada dalam keadaan stabil.

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubungi beliau bagi mendapatkan perkembangan terkini dengan menghulurkan bantuan konsular termasuk memudahcara urusan perjalanan ibu dan bapa beliau ke Korea.

“Kedutaan Besar Malaysia di Seoul akan terus memantau insiden itu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Warganegara Malaysia yang terjejas akibat insiden berkenaan dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Seoul melalui telefon: 00(822) 795 9203 / 2077-8600, +82 010 8974 8699 (kecemasan konsular selepas pukul 5 petang/cuti umum) atau E-mel : mwseoul@kln.gov.my.

Lebih 150 orang terbunuh dalam rempuhan maut semasa sambutan Halloween di daerah Itaewon, Seoul pada Sabtu lepas.

Seorang pelajar Thailand berusia 27 tahun yang ke Korea Selatan untuk belajar bahasa Korea adalah antara yang terbunuh ketika insiden itu.

— BERNAMA