Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: PN pilih generasi kedua Felda calon Parlimen Jempol -
Muhammad Noraffendy Mohd Salleh

PRU-15: PN pilih generasi kedua Felda calon Parlimen Jempol

MUHAMMAD Noraffendy Mohd Salleh, 34 yang diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Jempol terharu apabila generasi muda diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti sebagai calon di Parlimen berkenaan.

Generasi kedua Felda Serting Hilir Enam di sini, yang juga usahawan, selain memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Lim Kok Wing.

Beliau yang juga Ketua Armada Bersatu Bahagian Jempol dan Ketua Pemuda PN kawasan Jempol berkata, pemilihannya sebagai calon membuktikan PN turut mengiktiraf golongan muda yang mahu diangkat sebagai ahli Parlimen.

“Sebagai anak jati Jempol dan berasal dari Felda, saya mempunyai matlamat bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit berkaitan di tanah rancangan yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen sebelumnya.

“Antara isu yang sering dibangkitkan adalah masalah buruh di ladang, penempatan serta perumahan generasi baharu Felda yang gagal diselesaikan oleh kerajaan BN,” katanya lapor Harian Metro.

Muhammad Noraffendy berkata, berikutan tinggal dan menetap di Jempol, beliau turut mengetahui masalah dan kehendak penduduk di Jempol yang perlu diselesaikan.

Katanya, sekiranya menang di kerusi Parlimen berkenaan, dia mahu memberi khidmat terbaik kepada masyarakat apatah lagi mempunyai pengalaman dalam bidang kegiatan masyarakat sebelum ini.

Ketika ini, Muhammad Noraffendy adalah Timbalan Ketua Peneroka Felda Serting Hilir Enam, Pengerusi MAYC kawasan Jempol, Pengerusi Persatuan Usahawan Jaya Jempol selain pernah menjawat jawatan Naib Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM).