Ribut petir diramal landa 12 negeri pada hari penamaan calon

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda 12 negeri pada hari penamaan calon Sabtu ini.

Ribut Petir dijangka melanda Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Sarawak.

Bagaimanapun, menurut laman web MetMalaysia, ribut petir itu dijangka melanda pada petang 5 Nov. Cuaca pada waktu pagi diramalkan cerah dan beberapa kawasan dijangka hujan renyai-renyai.

Cuaca di Putrajaya diramal cerah pada petang tetapi kemungkinan hujan turun pada sebelah petang lapor FMT.