Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU15: Khairy sah tanding Sungai Buloh, Jamal di Sungai Besar -

PRU15: Khairy sah tanding Sungai Buloh, Jamal di Sungai Besar

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang memandangkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang hadir di Dewan Tun Hussein Onn ketika Majlis Pengumuman Calon BN mengesahkan bakal dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh.

“Sah, saya tanding P107 Sungai Buloh,” katanya pada majlis Pengumuman Calon Parlimen BN di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi lapor Astro AWANI.