Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Annuar, Shahidan, Tajuddin tidak dicalon semula, Ustaz Kazim di Larut – Zahid -

PRU-15: Annuar, Shahidan, Tajuddin tidak dicalon semula, Ustaz Kazim di Larut – Zahid

PENYANDANG Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sah tidak dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi itu.

Nama beliau tidak disebut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman calon sebentar tadi.

Zahid sebaliknya mengumumkan, Ketua Puteri UMNO Kelantan, Marzuani Ardila Ariffin, akan bertanding di kerusi berkenaan.

Selain itu, penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyandang Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut tidak dicalonkan semula.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Larut lapor Astro AWANI.