PERIKATAN Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada majlis pengumuman calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) PN di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.
Menjelaskan agihan kerusi Parlimen, beliau berkata, BERSATU bertanding 74 kerusi, PAS (64), GERAKAN (20), dan Bersekutu (11).
Bagi kawasan DUN, katanya, PAS bertanding di 57 kerusi, GERAKAN (14), BERSATU (41) dan Bersekutu (empat).
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata calon PN untuk PRU-15 di Kelantan dan Terengganu tidak akan diumumkan malam ini, sebaliknya pada satu tarikh lain, lapor BH.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.