Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PAS sasar menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen -

PAS sasar menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen

PAS menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kita bekerja keras untuk menang 40 kerusi dan kalau boleh ingin menang lebih lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan Utama Perikatan Nasional (PN) Arau di sini malam tadi lapor Awani.

Beliau berkata parti itu yakin mampu mengekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir Pas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang dan Perlis.

Tan Sri Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata gabungan itu telah selesai membuat pemilihan nama calon yang akan bertanding pada PRU-15 dan pengumuman senarai calon akan dilakukan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yasin. Pada PRU-14, PAS menang 18 kerusi Parlimen.