Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Calon PN di Kelantan, Terengganu guna logo PAS -

Calon PN di Kelantan, Terengganu guna logo PAS

CALON Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS, bukan PN.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata negeri selain itu akan menggunakan logo PN pada PRU nanti.

Beliau berkata, keputusan itu berdasarkan rundingan yang disepakati oleh barisan kepemimpinan tertinggi PN yang dianggotai BERSATU, PAS, GERAKAN, SUPP dan STAR.

“Atas nama parti mana sekali pun persiapan dibuat atas nama PN…biarlah BERSATU, ada PAS, ada GERAKAN dan parti di Sabah dan Sarawak.

“Tetapi PRU ini kita sudah sepakat sebahagian besar walaupun tak semua guna khemah PN, kita sudah minta untuk Kelantan dan Terengganu atas sebab tertentu…negeri berkenaan akan guna simbol parti PAS, hat (yang) bulan.

“Yang (negeri) lain, kita akan gun simbol PN. Ini telah kita sepakati. Insya-Allah, mulai sekarang sampai penghujung PRU15…nak lihat bendera PN berkibar di seluruh negara,” katanya di majlis pengumuman calon PRU15 PN di MITEC malam ini lapor BH Online.