Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir: 77 penduduk dipindahkan di Bintulu -

Banjir: 77 penduduk dipindahkan di Bintulu

SERAMAI 77 orang daripada 25 keluarga dari lima buah kampung di Bintulu, kira-kira 620 kilometer (km) ke utara, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu selepas kediaman mereka dinaiki air.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, penduduk yang terjejas adalah dari Kampung Kemunting, Kampung Assyakirin, Desa Damai, Kampung Baru dan Bukit Orang.

“Kawasan mula dinaiki air kira-kira pukul 8 malam akibat hujan yang berterusan sejak malam semalam sehingga pagi.

“Susulan itu, PPS dibuka pada 12.54 malam bagi menempatkan mereka yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

JPBN turut memaklumkan beberapa kawasan lain berisiko banjir di Bintulu serta Sibu juga dalam pemantauan.–Bernama