Wanita maut, kenderaan dinaiki langgar tiang lampu jalan

0
187

Oleh ABU UBAIDILLLAH RAHMAN

SEORANG wanita terbunuh selepas kenderaan dinaiki melanggar tiang lampu jalan dalam kejadian di kilometer 12 Jalan Batu Pahat-Kluang, Batu Pahat pukul 9.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Mahani Mahfool, 26, cedera parah dan tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dilokasi kejadian.

“Suami mangsa, Mohammad Rahmat Amin, 31, yang turut tersepit di tempat duduk pemandu mengalami kecederaan parah manakala anak pasangan ini yang berusia empat tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Hasil siasatan mendapati kereta jenis Honda Ferior yang dinaiki keluarga ini dalam perjalanan dari arah Sri Gading ke Bandar Batu Pahat.

“Sebaik tiba dilokasi kejadian, kenderaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu diatas pembahagi jalan sebelum memasuki laluan bertentangan,” Katanya melalui kenyataan hari ini.

Bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan pasangan suami isteri itu selepas kedua-duanya didapati tersepit di tempat duduk masing-masing

Ismail berkata, kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 untuk mengenal pasti punca kejadian sebenar.

Menurutnya, semua mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk rawatan dan proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, 13 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Uni Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, anggota pasukan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan pasangan suami isteri itu selepas kedua-duanya didapati tersepit di tempat duduk masing-masing.

Tambah beliau. mangsa disahkan meninggal dilokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala suami dan anak mangsa dirujuk ke hospital menggunakan ambulan yang datang membantu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here