Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Polis siasat video tular lelaki belasah wanita -

[VIDEO] Polis siasat video tular lelaki belasah wanita

SUSULAN tular sebuah video memaparkan seorang wanita dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah Kota Kinabalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil memberi kerjasama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut dan belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.

Dalam masa sama, beliau berkata, dakwaan mengenai lokasi kejadian juga belum disahkan oleh pihak polis, lapor Astro AWANI.

https://youtube.com/shorts/2_i4G72rHTY?feature=share

Sejak beberapa hari lalu, tular video seorang lelaki dilihat menendang dan menampar seorang wanita tular di media sosial.

Video berdurasi 18 saat itu mendapat kecaman daripada orang awam dan menggesa agar tindakan tegas diambil oleh pihak polis dengan segera.

Sehubungan itu, PDRM menggesa orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian dinasihatkan agar segera menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.