Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Empat pejabat mufti negeri buat kajian waktu Maghrib di tanah tinggi -

Empat pejabat mufti negeri buat kajian waktu Maghrib di tanah tinggi

SETELAH hampir sedekad berlalu, kajian mengenai penetapan waktu permulaan Maghrib di kawasan tanah tinggi di Malaysia sekali lagi dilakukan di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Jabatan Mufti Selangor, proses dilaksanakan secara bersama dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Menerusi hantaran dalam laman sosial agensi itu, kajian tersebut dilakukan di Menara Kuala Lumpur ketika cerapan anak bulan baharu taqwim Hijrah yang kelaziman diadakan berkala.

“Berdasarkan hitungan falak, waktu maghrib di lokasi tanah tinggi akan lebih lewat berbanding tanah rata seperti puncak Bukit Bendera, Pulau Pinang dan Gunung Jerai, Kedah.

“Umat Islam yang berada di tempat berkenaan akan mendirikan solat fardu Maghrib lebih lambat daripada mereka yang tinggal di bahagian bawah bukit atau gunung tersebut,” katanya memetik laporan Kosmo!

Bagaimanapun, pihak jabatan itu tidak mendedahkan mengenai rumusan daripada hasil kajian berkenaan secara terperinci dan kemungkinan dapatan tersebut akan diperhalusi lebih teliti.

Difahamkan, kajian itu dilakukan sebagai persediaan menjelang pembukaan rasmi bangunan tertinggi Asia Tenggara, Merdeka 118 pada tahun depan kerana aras diduduki paling tinggi ialah 502 meter.

Kali terakhir kajian seumpama itu pernah dilaksanakan ialah pada 2013 lalu yang melibatkan PMWP dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Bangunan ikonik di negara rantau Asia Barat itu turut mengandungi masjid yang paling tinggi di dunia terletak di tingkat 158 dengan panorama menjangkau jauh sehingga 100 kilometer.