Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bas ekspres bawa 20 penumpang terbalik -
Bas terbalik

Bas ekspres bawa 20 penumpang terbalik

SERAMAI 20 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan itu terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Kilometer 193.2, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Alor Gajah, Melaka, pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, pada pukul 9.38 pagi tadi sebelum sepasukan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres yang dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Batu Pahat, Johor telah terbabas di bahu jalan.

“Kesemua 20 mangsa yang terdiri daripada 16 lelaki dan empat perempuan bagaimanapun berjaya keluar daripada bas berkenaan dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya, lapor Astro AWANI.

Tambah beliau, pemandu lelaki berusia 29 tahun juga tidak mengalami kecederaan dan operasi berkenaan berjaya ditamatkan pada pukul 10.45 pagi.

“Sebanyak dua jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekutan 21 anggota dan operasi disahkan tamat sepenuhnya setelah memastikan tiada bahaya lain,” jelas Mohd Iswandy.