Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Ahli Bersatu tidak wajar ugut keluar parti sekiranya tidak tercalon -

PRU-15: Ahli Bersatu tidak wajar ugut keluar parti sekiranya tidak tercalon

AHLI Bersatu tidak wajar membuat ugutan keluar parti sekiranya tidak dicalonkan bagi kerusi tertentu untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak itu berkata ahli parti perlu mengikut keputusan dan menyokong calon yang diperkenalkan bagi memastikan kejayaan dan kemenangan pada PRU-15.

“Kalau ada kalangan pemimpin yang sanggup meninggalkan parti sekiranya tidak dicalonkan serta menjadi calon Bebas, jelas pemimpin itu berjuang untuk diri sendiri tetapi bukan parti yang diwakilinya,” kata Menteri Belia dan Sukan itu ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah Perak Youth Centre (PYC) Tambun di sini hari ini.

Penyandang Ahli Parlimen Tambun itu berkata demikian ketika ditanya mengenai spekulasi kononnya penyandang Parlimen Bagan Serai dari Bersatu, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah memberi bayangan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu sekiranya dia tidak dicalonkan oleh PN pada PRU-15.

“Beliau (Dr Noor Azmi) tidak pernah menyatakan perkara itu kepada saya sendiri secara peribadi tetapi pada saya mana-mana ahli parti tidak sewajarnya membuat ugutan kepada parti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata agihan kerusi antara parti dalam PN telah dimuktamadkan dan sebarang perubahan atau perkara berkenaan keputusan calon yang dipilih bagi kawasan tertentu perlu dibuat di peringkat tertinggi iaitu presiden parti masing-masing.

“Ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Kalau boleh hendak umum pada hari ini supaya tiada lagi spekulasi tetapi tunggu arahan parti untuk mengadakan pengumuman pada masa sesuai,” katanya. – BERNAMA