Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Rukun Negara harus jadi pegangan pembentukan kerajaan gabungan - Dr Faiz Naaman -

PRU-15: Rukun Negara harus jadi pegangan pembentukan kerajaan gabungan – Dr Faiz Naaman

KEPENTINGAN parti harus diketepikan dan rakyat serta negara perlu diletakkan sebagai keutamaan dalam membentuk kerajaan campuran pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Tegas Ahli Majlis Pemimpin Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman, Rukun Negara dan Perlembagaan harus menjadi asas tertinggi dalam mencari titik persamaan antara parti yang berunding.

Beliau mengakui sentimen kepartian itu menebal dan masing-masing didorong semangat kepartian, namun apabila keadaan itu berlaku, kemaslahatan rakyat dan negara perlu menjadi matlamat utama.

“Bila tiba saat seperti itu yang bagi saya satu keadaan yang unik dan tak pernah berlaku dalam negara, ia akan menuntut semua pihak untuk menjadi rasional – saya harap begitulah.

“Oleh kerana itu maka perundingan dengan pihak-pihak yang bukan dianggap sebagai sekutu slama ini untuk membentuk kerajaan campuran, jadi kita kena ada asas-asas rujukan yakni Rukun Negara dan Perlembagaan,” katanya dalam program Dialog Bipartisan pada Rabu di Astro AWANI.

Dr. Muhammad Faiz sedar bahawa Rukun Negara itu pun mempunyai tafsiran yang pelbagai mengikut fahaman politik masing-masing, namun persamaan harus dicari demi matlamat yang sama.

“Bila kita betul-betul niat untuk bergerak ke hadapan, kita kena ada rujukan dan ada batas-batasnya yang kita kena santuni, baru kita boleh memulakan rundingan.

“Benda ini memang agak rumit tapi tak mustahil”.