Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KEMAS KINI | Helikopter mendarat cemas, semua penumpang dilaporkan selamat -

KEMAS KINI | Helikopter mendarat cemas, semua penumpang dilaporkan selamat

SEBUAH helikopter dilaporkan mendarat cemas di sebuah kawasan hutan di sempadan Perak-Pahang di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan membabitkan polis, Jabatan Hutan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Sehingga ini butir-butir mengenang jumlah mangsa terbabit dan keadaan mereka masih belum diperolehi lapor BH Online.

Sementara itu portal The Vibes melaporkan helikopter berkenaan difahamkan membawa pegawai perubatan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Dalam kejadian pukul 1 itu, semua penumpang dilaporkan selamat, hanya seorang mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Perak, Fatuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berjaya menghubungi pasukan mencari dan menyelamat sementara menunggu untuk diselamatkan.

“Berdasarkan maklumat awal, helikopter berkenaan tersangkut dalam hutan berkenaan semasa membuat pendaratan kecemasan, mangsa selamat, kecuali seorang cedera ringan,” katanya ketika dihubungi portal berkenaan.

Berita lanjut menyusul.