Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Helikopter bawa petugas perubatan terhempas di Brinchang, kesemua selamat -

Helikopter bawa petugas perubatan terhempas di Brinchang, kesemua selamat


LIMA anggota pasukan perubatan termasuk seorang juruterbang selamat selepas helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

“Itu yang kami terima setakat ini. Kesemuanya selamat,” katanya ringkas.

Insiden yang berlaku pada 1.15 tengah hari ketika pesawat milik swasta itu dipercayai dinaiki seorang doktor dan empat pegawai perubatan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga penumpang cedera ringan dan tiga lagi cedera parah.

— BERNAMA