Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Selepas tiga hari hilang, wanita akhirnya ditemukan tetapi... -

Selepas tiga hari hilang, wanita akhirnya ditemukan tetapi…

Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh penduduk kampung ditemukan tidak bernyawa di dalam perut seekor ular sawa sepanjang enam meter di Tanjung Jabung Barat, Jambi.

Wanita itu yang dikenali sebagai Zahara, 52, dilaporkan hilang sejak kelmarin, menyebabkan penduduk setempat melakukan operasi pencarian di pelbagai kawasan termasuk hutan berhampiran.

Menurut seorang penduduk kampung, ketika operasi pencarian dilakukan, mereka menemukan seekor ular sawa yang ‘kekenyangan’ dan pada mulanya hanya menyangka haiwan itu mungkin menelan kambing.

“Kerana curiga dengan perut ular yang besar, penduduk kampung membelah ular sawa itu dan kami terkejut apabila menemukan Zahara.

“Kami tidak menyangka wanita itu hilang kerana ditelan ular sawa,” kata penduduk yang dikenali sebagai Birin memetik laporan Utusan Online.

Penduduk setempat memaklumkan, mangsa bekerja sebagai penoreh getah dan kejadian itu dipercayai berlaku ketika dia keluar menoreh pada awal pagi.

Insiden itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa dan jenazah Zahara dikebumikan oleh keluarganya.