[VIDEO] Lelaki berlumuran darah dibelasah, cuba lerai pergaduhan babit sepupu

0
387

SEORANG lelaki warga tempatan cedera dipukul setelah cuba meleraikan pergaduhan antara sepupunya dengan seorang lelaki di Serendah, Kuala Selangor, petang semalam.

Ketua Polis Hulu Selangor Suffian Abdullah berkata, dua klip video pergaduhan tersebut tular di WhatsApp dengan kapsyen “Geng GST 08 Serendah Michael”, memaparkan sekumpulan lelaki memukul mangsa sehingga terbaring dan berlumuran darah.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak polis mendapati pergaduhan ini berpunca daripada sepupu mangsa dipercayai meletakkan kenderaan di hadapan rumah suspek.

“Suspek dikatakan telah menegur sepupu mangsa sehingga terjadinya pergaduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor FMT

Beliau berkata, dalam kejadian pada kira-kira 6 petang itu, mangsa pada awalnya bertindak meleraikan pergaduhan tersebut namun dipukul oleh suspek.

Melihat mangsa dikepung sekumpulan lelaki dipercayai rakan suspek, sepupu mangsa lari meninggalkannya.

Mangsa yang cedera dipukul menggunakan objek tumpul dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sehubungan itu, Suffian menyeru masyarakat untuk membuat aduan ke balai polis berdekatan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

“Semua suspek yang terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan tegas oleh pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here