Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lim Kit Siang sokong Tawfik bertanding di kerusi Bagan Datuk -
LimKitSiangTawfik

Lim Kit Siang sokong Tawfik bertanding di kerusi Bagan Datuk

PAKATAN Harapan (PH) perlu memberi maklum balas positif terhadap permintaan pengasas bersama Gerak Independent Tawfik Ismail untuk bertanding atas tiket gabungan itu menentang Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk, kata Lim Kit Siang.

Dalam kenyataannya, orang kuat DAP itu berkata, langkah itu membuka peluang bagi PH menekankan perjuangannya menentang rasuah dan memastikan mereka yang dituduh di mahkamah akan terus berdepan keadilan.

Semalam, Tawfik berkata, beliau bertemu beberapa pemimpin kanan PH dan menyampaikan permintaannya, berharap mendapat maklum balas positif tidak lama lagi. Beliau berharap dapat bertemu Pengerusi PH Anwar Ibrahim dengan segera.

“Walaupun saya bertanding sebagai ‘calon rakyat’, bertanding bawah panji PH adalah ideal kerana saya menyahut cabaran besar,” katanya, lapor FMT.

Tawfik, anak kepada timbalan perdana menteri kedua, Dr Ismail Abdul Rahman, ialah bekas Ahli Parlimen Sungai Benut daripada Umno.

Disember lepas, beliau dan peguam-aktivis Siti Kasim mengumumkan pelancaran Gerak Independent bertujuan mempromosikan calon bebas menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).