Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ibu Dr Wan Azizah meninggal dunia -
Nurulizzah

Ibu Dr Wan Azizah meninggal dunia

IBU kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datin Mariah Khamis meninggal dunia awal pagi tadi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, solat jenazah ibu mentuanya itu dijadualkan pada 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang.

“Saya memohon maaf kepada seluruh pimpinan Harapan Sarawak serta para pendukung kerana terpaksa membatalkan jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari ini. Kita ketemu lagi di lain waktu, Insya-ALLAH,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Isnin.

Berita sedih itu turut dikongsikan cucunya, Nurul Izzah Anwar di Facebook.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dimaklumkan bonda mama tersayang, Datin Hajah Mariah Khamis telah kembali ke rahmatullah.

“Semoga Allahyarhamah nenek ditempatkan dalam kalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segala urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat husnul khatimah. We love you, grandma. Al-Fatihah,” katanya. – BERNAMA