Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis siasat insiden provokasi ketika majlis anjuran MUDA di Muar -

Polis siasat insiden provokasi ketika majlis anjuran MUDA di Muar

POLIS sedang menyiasat insiden provokasi yang berlaku ketika Majlis Malam Mesra Muo anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diadakan di sebuah dewan restoran di Jalan Bakri di Muar, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz dalam kenyataan hari ini berkata siasatan terhadap insiden pada kira-kira pukul 9.35 malam itu dijalankan mengikuta Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012. 

Beliau berkata kekecohan dipercayai bermula apabila tetamu di sebuah dewan keluar bersemuka dengan sekumpulan kira-kira 30 orang yang memakai pelitup muka sambil menjerit-jerit, yang kemudiannya membawa kepada insiden membaling botol serta mercun.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak berasas melalui mana-mana platform komunikasi atau media sosial berhubung kejadian itu.

Sementara itu Ketua Penerangan MUDA Muar Muhammad Amir Fiqri Mustapha berkata pihaknya akan terus berkerjasama dengan polis untuk memberi keterangan, sekali gus mencari dalang provokasi berkenaan.

Pada 18 Okt lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata pihaknya telah menerima lima laporan polis berhubung kekecohan dalam satu ceramah politik anjuran MUDA di Parit Jawa di sini pada 16 Okt lepas. –Bernama